Al-Imran, dari Ayat 161~170
161. Dan menipu itu bukan pekerjaan seorang Nabi, kerana
barang siapa menipu, nescaya ia akan membawa apa yang ia tipu itu dihari
kiamat. Kemudian akan disempurnakan
bagi tiap-tiap seorang apa yang ia telah
kerjakan dan mereka tidak akan dianiayai.
162. Apakah orang yang
menurut keredaan Allah itu serupa orang yang kembali dengan kemurkaan dari
Allah, pada hal tempat kembalinya itu jahanam, sedang ia itu sejahat-jahat
tempat kembali ?
163. Mereka itu terbahagi
beberapa darjat pada sisi Allah, kerana Allah itu melihat apa-apa yang mereka
kerjakan.
164. Sesungguhnya Allah telah berbuat budi atas mukmin,
kerana ia telah bangkitkan diantara mereka seorang Rasul dari jenis mereka
sendiri, yang membaca kepada mereka ayat-ayat nya dan menyisihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab itu dan kebijaksanaan pada hal
sesungguhnya mereka itu, dahulunya adalah didalam kesesatan yang terang.
165. Apakah diwaktu kami kena
satu kecelakaan – pada hal kamu tak dapat kemenangan dua kali – itu kamu
berkata; “dari mana ini?” katakanlah; “yang demikian itu dari diri-diri kamu
sendiri”. Sesungguhnya Allah itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
166. Dan apa yang telah
mengenai kamu pada hari bertemu dua
tentera itu, adalah dengan izin Allah, dan kerana Allah hendak buktikan iman
orang-orang mukmin.
167. Dan ia hendak membuktikan orang-orang yang munafik
dan ketika dikata kepada mereka; “marilah berperang dijalan Allah, atau bela lah
diri-diri kamu”, mereka jawab; “kalau kami tahu berperang, nescaya kami sudah
turut kamu berperang”. Mereka itu, pada hari yang tersebut, lebih hampir kepada
kufur daripada kehampiran mereka kepada iman. Mereka berkata dengan mulut-mulut
mereka apa yang tidak ada dihati-hati mereka dan Allah itu lebih mengetahui
apa-apa yang mereka sembunyikan.
168. ialah mereka berkata
kepada saudara-saudara mereka sambil mundur; “kalau mereka itu taat kepada
kita, tentu tidak mereka terbunuh”. Katakan
lah; “kalau bagitu, tolaklah kematian dari diri-diri kamu jika memang kamu itu
orang-orang yang benar”.
169. Dan janganlah engkau
sangka orang-orang yang terbunuh dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu
hidup disisi Tuhan mereka, diberi rezeki.
170. dalam keadaan
bersukacita dengan apa yang Allah telah berikan bagi mereka dari kurnianya, dan
mereka bergirang hati untuk orang-orang yang dibelakang mereka yang belum
berhubung dengan mereka, iaitu bahawa tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak
akan mereka dukacita.
Sumber dari;
[] https://sites.google.com/site/selterkini/2/1
Following Twitter,
[] https://twitter.com/suraualhijrah5/status/658546600428503040
[] https://sites.google.com/site/selterkini/2/1
Following Twitter,
[] https://twitter.com/suraualhijrah5/status/658546600428503040
,