Juz:3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 259:
.
Ringkasan tafsir;
Dan
lanjutan dari ayat diatas (258) bahawa lihatlah peristiwa lalu, tentang sebuah
negeri bernama Armiya Hidhir berdekatan dengan Baitulmaqadis yang telah
dibinasakan runtuh musnah, malapetaka itu ditimpa kepada kaum bani Israel yang
engkar kepada Allah.
Adalah
diriwayatkan bahawa hamba Allah yang bernama Uzair menungang keldai berbekalkan
sebuah bakul mengandungi buah-buahan minuman, dan telah melalui negeri yang
musnah itu, dan berkatalah Uzair “betapa Allah dapat menghidupkan dan
memakmurkan kembali negeri ini sesudah musnah ?”. Lalu Allah telah mematikan Uzair itu selama
seratus tahun. Kemudian Allah hidupkan kembali Uzair dengan mencelik matanya
dahulu, dan Uzair melihat sendiri bangkai tulang belulang yang bangkit dan
melihat tubuh badan nya dipulihkan pada keadaan asal menjadi segar semula.
Uzair melihat keldai kembali hidup semula dan buah-buahan dan minuman segar
kembali seperti sedia kala.
Kemudian
Allah bertanya kepada Uzair, “berapa lama engkau tinggal disini ? “, maka
jawab Uzair “saya tinggal disini baharu
sehari atau setengah hari”.
Dengan
pimpinan dari Allah kepada Uzair dan orang mukmin telah beriman kepada Allah
dan percaya ada hari pembalasan, dan dibangkitkan kembali orang yang sudah
mati, kerana Allah amat berkuasa diatas segala sesuatu.
. RUJUKAN SUMBER;
Juzuk3, Surah2
Terjemahan, 251~260,[GS] https://sites.google.com/site/surahbaniisrail/3/1
Ulasan surah 2;
[GS] https://t.co/0EUkXravGr