Monday, 5 November 2018

Al-Baqarah Ayat 259

3.2.259
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 259:

.
Ringkasan tafsir;
Dan lanjutan dari ayat diatas (258) bahawa lihatlah peristiwa lalu, tentang sebuah negeri bernama Armiya Hidhir berdekatan dengan Baitulmaqadis yang telah dibinasakan runtuh musnah, malapetaka itu ditimpa kepada kaum bani Israel yang engkar kepada Allah.

Adalah diriwayatkan bahawa hamba Allah yang bernama Uzair menungang keldai berbekalkan sebuah bakul mengandungi buah-buahan minuman, dan telah melalui negeri yang musnah itu, dan berkatalah Uzair “betapa Allah dapat menghidupkan dan memakmurkan kembali negeri ini sesudah musnah ?”.  Lalu Allah telah mematikan Uzair itu selama seratus tahun. Kemudian Allah hidupkan kembali Uzair dengan mencelik matanya dahulu, dan Uzair melihat sendiri bangkai tulang belulang yang bangkit dan melihat tubuh badan nya dipulihkan pada keadaan asal menjadi segar semula. Uzair melihat keldai kembali hidup semula dan buah-buahan dan minuman segar kembali seperti sedia kala.

Kemudian Allah bertanya kepada Uzair, “berapa lama engkau tinggal disini ? “, maka jawab  Uzair “saya tinggal disini baharu sehari atau setengah hari”.


Dengan pimpinan dari Allah kepada Uzair dan orang mukmin telah beriman kepada Allah dan percaya ada hari pembalasan, dan dibangkitkan kembali orang yang sudah mati, kerana Allah amat berkuasa diatas segala sesuatu.


[previous] [next] [home] 

.
RUJUKAN SUMBER;
Juzuk3, Surah2
Terjemahan, 251~260,
 [GS] https://sites.google.com/site/surahbaniisrail/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     

Al-Baqarah Ayat 254

2.2.254
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 254:
.
Ringkasan tafsir;

Ayat ini ditujukan kepada orang yang beriman khasnya dan kepada manusia amnya. Maka hendaklah berbelanja rezeki yang telah anugerahkan kepada manusia sementara masih hidup diatas muka bumi sebelum tiba masa hari yang tidak ada lagi urusan jual beli diakhirat. Dan orang kafir pada ketika itu amat rugi dan telah menyaniayai diri mereka sendiri kerana mereka telah meletak amal ibadatnya bukan pada tempatnya.  

Allah menyeru kepada orang yang beriman supaya membelanjakan sebahagian dari harta kekayaan dengan menunaikan zakat, bersedekah dan berderma untuk amal kebajikan kerana Allah.
 .

[previous] [next] [home]

RUJUKAN SUMBER;
Juzuk
3, Surah2
Terjemahan, 251~260,
 [GS] https://sites.google.com/site/surahbaniisrail/3/1
Ulasan surah 2;
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr