Tuesday, 29 January 2019

Al-Imran Ayat 96

4.3.96  
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 96:


.

Ringkasan tafsir;

Rumah yang dijadikan kiblat waktu sembahayang itu ialah rumah yang mula-mula dijadikan oleh Allah tempat manusia beribadat,  dan kiblat Baitullah Kaabah yang pertama dibina di Makkah oleh Nabi Ibrahim dengan dibantu oleh Nabi Ismail dan bersama dengan Malaikat Jibril.

Selepas beberapa kurun lamanya kemudian itu dibina pula Masjidilaqsa di BaitulMakdis oleh Nabi Sulaiman kira-kira pada 1005 sebelum masihi, yang dijadikan kiblat  kemudian nya diikuti pula oleh Nabi Musa.

Ayat ini diturunkan bagi menjawab kata-kata orang-orang Yahudi yang berkata kepada kaum Muslimin bahawa BaitulMakdis yang lebih mulia dan tempat berhijrah para nabi-nabi yang dahulunya  juga menjadi kiblat mereka.

(lihat ayat 37 surah Ibrahim).

.
[previous] [next] [home]

 
.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
4, Surah3  
Terjemahan,
91~100,
[GS]   https://sites.google.com/site/normanajidsite/5/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      

No comments:

Post a Comment